BANTUAN 100 MYKAD EKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN 100 MYKAD EKASIH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Untuk makluman anda, penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad penerima kini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun 2025, berbanding tahun sebelum ini hanya di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanakah cara semak bantuan 100 mykad ekasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU SISTEM EKASIH

EKASIH ialah sistem pangkalan data yang merekodkan maklumat individu miskin di Malaysia, yang bertujuan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia.

Individu yang berdaftar dan layak dalam eKasih boleh menerima pelbagai bantuan kerajaan, termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, yang disalurkan setiap bulan melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN 100 MYKAD EKASIH

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN 100 MYKAD EKASIH

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD

Pengagihan bantuan SARA EKASIH seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula 15 Januari 2025 (Rabu)

JUMLAH AGIHAN BANTUAN

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA

(PENERIMA STR BERSTATUS MISKIN DAN MISKIN TEGAR eKasih)
AMAUN BULANAN (RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN BULANAN (RM)

*APRIL – DISEMBER
JUMLAH BANTUAN KESELURUHAN
(RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
Sebulan
RM 200
Sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(60 tahun keatas)
RM100
Sebulan
RM 150
Sebulan
RM 1,650
Bujang
(21 sehingga 59 tahun)
RM 50
Sebulan
RM 50
Sebulan
RM 600

PENYALURAN BANTUAN BULANAN EKASIH KEDALAM MYKAD

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

CONTOH PASARAYA PEMBELIAN BARANGAN ASAS

Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di pasaraya/kedai runcit terdekat yang berdaftar MyKasih. MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara