EKASIH RM100 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

EKASIH RM100 2025 : PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS ONLINE

Pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. Data eKasih digunakan oleh kementerian dan juga agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Bagaimanakah permohonan dan semakan status ekasih rm100 online? Ikuti panduan dan info lebih terperinci di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA EKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA

PENGENALAN EKASIH RM100 2025

eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan bantuan yang diterima.

SYARAT KELAYAKAN EKASIH RM100

Hanya individu yang memenuhi kelayakan seperti berikut sahaja layak menerima Bantuan e-Kasih RM100 setiap bulan :

  • Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON EKASIH 2025

Untuk memohon dan mendaftaran diri dengan e-Kasih anda perlu melengkapkan maklumat seperti di bawah :

  • Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
  • Lokasi kediaman;
  • Tahap pendidikan;
  • Kemahiran dan pekerjaan;
  • Harta;
  • Kesihatan;
  • Bantuan yang diperoleh; dan
  • Pendapatan.

PERMOHONAN EKASIH 2025

Ikuti panduan permohonan secara online seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Permohonan Bantuan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halama utama, klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
  4. Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
  5. Segala maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Isikan segala ‘Maklumat Pemohon’ yang diperlukan dengan betul.
  7. Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
  8. Sila pilih [Status Perkahwinan] sebagai ‘Bujang’.
  9. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  10. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  11. Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
  12. Klik butang [Hantar] di bawah.
  13. ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  14. Selesai.

Sekiranya permohonan telah berjaya dilakukan, anda perlu mendaftarkan diri dengan e-Kasih seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
  2. Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
  4. Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
  5. Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
    • Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
    • Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
      • PPN Perlis : 04-9731976
      • PPN Kedah : 04-7209236
      • PPN P.Pinang : 04-2185700
      • PPN Perak : 05-2497400
      • PPN Selangor : 03-55213600
      • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
      • PPN N.Sembilan : 06-7659945
      • PPN Melaka : 06-3333333
      • PPN Johor : 07-2234777
      • PPN Pahang : 09-5178208
      • PPN Terengganu : 09-6272000
      • PPN Kelantan : 09-7455000
      • PPN Sarawak : 082-446582
      • PPN Sabah : 088-484800.
  6. Selesai.

SEMAKAN STATUS EKASIH 2025

Setelah pendaftaran dibuat, anda boleh mengetahui status pendaftaran tersebut melalui semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.icu.gov.my/?pg=bantuan&type=faq&list=fekasih.