BANTUAN RAKYAT SETIAP BULAN 2025 (RM100 & RM50) : CEK LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BANTUAN RAKYAT SETIAP BULAN 2025 (RM100 & RM50) : CEK LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan rendah dan berpendapatan sederhana adalah seramai hampir 60 peratus (%) daripada mereka layak untuk menerima Bantuan Rakyat dengan nilai antara RM50 dan RM100 setiap bulan (tertakluk kelayakan).

Bagaimanakah cek bantuan rakyat layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSTR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN RAKYAT SETIAP BULAN 2025

Jumlah bantuan yang akan disalurkan setiap bulan adalah mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Isi Rumah :
    • RM100 setiap bulan bagi penerima sedia ada dan RM100 bagi penerima baharu.
  • Warga Emas :
    • RM100 setiap bulan bagi penerima sedia ada dan RM50 bagi penerima baharu.
  • Bujang :
    • RM50 setiap bulan bagi penerima sedia ada.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN SETIAP BULAN 2025

Pelaksanaan Bantuan RM100 dan RM50 setiap bulan adalah secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan penerima yang boleh digunakan untuk pembelian baragan keperluan asas setiap bulan dan tidak boleh membuat pengeluaran tunai.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SETIAP BULAN 2025

Antara kelayakan penerima yang layak menerima Bantuan RM100 dan RM50 Setiap Bulan adalah :

Pinjaman mudah

  • Kriteria kelayakan penerima Bantuan RM100 setiap bulan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin atau ibubapa tunggal;
    • Ada atau tiada anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
    • Lulus  Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori isi rumah.
  • Kriteria kelayakan penerima Bantuan RM50 setiap bulan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Bujang / balu / janda / duda;
    • Tiada anak;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
    • 60 tahun dan ke atas (warga emas);
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori bujang / warga emas.

CEK BANTUAN RAKYAT LAYAK ATAU TIDAK

Untuk mengetahui layak atau tidak menerima Bantuan Rakyat, ikuti panduan semakan di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2024] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan Rakyat’ (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.