JUMLAH STR 2025 FASA 1 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

025 FASA 1 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

Kebajikan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) akan terus terpelihara kerana kerajaan akan terus menyalurkan pelbagai bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sepanjang tahun ini dengan kadar peruntukan sebanyak RM13 billion.

Bagaimanakah cek status berapa jumlah str fasa 1 yang layak diterima? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

JUMLAH STR 2025 FASA 1

Setiap kategori akan menerima jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
STR FASA 1 2025
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM500
3 – 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM500
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501
hingga RM5,000)
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
STR FASA 1 2025
Bujang/Balu/Janda/Duda
(Tiada anak)
Umur 21 hingga 59 tahun
RM150
Bujang/Balu/Janda/Duda
(Tiada anak)
Umur 60 tahun dan ke atas
RM150

KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada setiap penerima seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam
akaun bank penerima /
pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan
semasa permohonan STR
Diberikan secara tunai di
mana-mana kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
termasuk di Sabah dan
Sarawak

TARIKH STR 2025 FASA 1

Kementerian Kewangan (MOF) telah menyatakan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :

TARIKH MULA
BAYARAN STR FASA 1 2025
TARIKH AKHIR
BAYARAN STR FASA 1 2025
22 Januari 2025, Rabu28 Januari 2025, Selasa

JADUAL WAKTU KREDIT STR 2025 FASA 1

Berikut merupakan jadual waktu pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 di dalam akaun bank penerima :

BIL.NAMA BANK PENERIMAWAKTU KREDIT
1.Bank Simpanan Nasional
(BSN)
Selepas 6 petang
2.Bank IslamSelepas 8 malam
3.Affin BankSelepas 8 malam
4.AmbankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.CIMB BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lain BankSelepas 10 malam

*Nota : Bagaimanapun, waktu pengkreditan ke dalam bank penerima adalah tidak menentu.

BILANGAN PENERIMA LAYAK STR 2025 FASA 1

Penerima yang telah disahkan layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta merangkumi golongan isi rumah B40, isi rumah M40, bujang dan juga warga emas bujang (tiada pasangan).

CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR 2025 FASA 1

Ikuti panduan cek status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.