BANTUAN TUNAI STR SEMAK : (FASA 1 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN TUNAI STR SEMAK : (FASA 1 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Peruntukan sebanyak RM13 billion akan dibayar kepada hampir 9 juta rakyat dewasa di Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berperingkat selama empat (4) fasa.

Bagaimanakah semakan status bantuan tunai str layak atau tidak fasa 1? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

CARA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR

Terdapat dua (2) cara pembayaran Bantuan Tunai STR, iaitu :

  1. Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR

Berikut merupakan jumlah pembayaran Bantuan Tunai STR bersama tambahan Bantuan SARA bagi tahun 2025 :

  1. Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada anak : RM1,000 dan Tambahan SARA RM900 =RM1,900.
    • 1-2 anak : RM1,500 dan Tambahan SARA RM900 =RM2,400.
    • 3-4 anak : RM2,000 dan Tambahan SARA RM900 =RM2,900.
    • 5 ke atas : RM2,500 dan Tambahan SARA RM900 =RM3,400.
  2. Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 :
    • Tiada anak : RM500 dan Tambahan SARA RM900 =RM1,400.
    • 1-2 anak : RM750 dan Tambahan SARA RM900 =RM1,650.
    • 3-4 anak : RM1,000 dan Tambahan SARA RM900 =RM1,900.
    • 5 ke atas : RM1,250 dan Tambahan SARA RM900 =RM2,150.
  3. Bujang (Umur 60 tahun ke atas) :
    • RM600 dan Tambahan SARA RM450 =RM1,050.
  4. Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) :
    • RM600.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR

Pihak Kerajaan Madani masih belum mengumumkan tarikh rasmi pembayaran Bantuan Tunai STR bagi fasa pertama (1), namun tarikh pembayaran dijangka bermula pada 29 Januari 2025 dan berperingkat. Namun, pihak kami akan kemaskini kembali tarikh bayaran sekiranya kerajaan telah mengumumkannya secara rasmi.

BANTUAN TUNAI STR SEMAK

Semak status Bantuan Tunai STR layak atau tidak fasa 1 mengikut panduan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘LULUS’ atau ‘DALAM PROSES’.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.