5 ONLINE : CARA REGISTER PERMOHONAN BARU BANTUAN SARAWAK (RM250 & RM400 & RM800)
Kerajaan Sarawak memperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sebagai inisiatif bantuan baharu untuk Rakyat Sarawak. Melalui program ini, bantuan akan disalurkan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan asas harian seperti makanan asas.
Bagaimanakah register permohonan baru skas 2025 online? Ikuti info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) telah diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sarawak 2025 khusus untuk membantu anak Sarawak yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah bagi pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan keperluan asas lain.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS 2025
Kelayakan permohonan dan penerima bantuan SKAS 2025 seperti:
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah
CARA MOHON SKAS SARAWAK 2025 ONLINE
Panduan lengkap permohonan SKAS Sarawak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di pautan berikut : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/
- Kemudian, klik pada butang [Apply Online] di bawah.
- Klik pada butang [Sarawak ID Login].
- Masukkan [Sarawak ID].
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Klik pada permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan benar dan tepat.
- Akhir sekali, klik butang [Hantar / Apply]
- Permohonan telah dihantar; dan
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SKAS 2025
Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM 250 |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak dijadualkan seperti berikut:
JENIS BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) | 18 Februari 2025 (Selasa) |
Untuk makluman, bantuan ini akan dikreditkan dalam bentuk baucar digital ke akaun S Pay Global penerima. Bagi memastikan kelancaran penerimaan bayaran tanpa sebarang masalah, penerima disarankan untuk memastikan akaun S Pay Global mereka aktif dan maklumat peribadi dikemas kini.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN SKAS
Untuk makluman anda, bantuan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI (cashless), dimana bantuan akan disalurkan dalam bentuk baucar digital melalui akaun S PAY GOLBAL penerima bagi pembelian barangan keperluan asas.
PANDUAN PENDAFTARAN DAN PENGAKTIFAN AKAUN S PAY GLOBAL
Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:
- Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari Google Play Store (pengguna Android) atau Apple App Store (pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
- Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
- Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
- Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.
SKAS Sarawak
- Pusat Talikhidmat: +6082-555999
- e-Mel: [email protected]
S PAY GLOBAL
- Pusat Talikhidmat: +6082-224599
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/