CEK STR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)

CEK STR FASA 1 (2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK)

Seperti yang telah dinyatakan, pihak LHDNM telahpun membuka portal rasmi STR untuk pengemaskinian maklumat terbaru bagi pemohon sedia ada dan permohonan baharu juga telahpun dibuka untuk penerimaan STR fasa pertama (1) baru-baru ini.

Umumnya pemohon sedia ada atau pemohon baharu kini boleh mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) layak atau tidak untuk penerimaan fasa pertama (1) pada tahun 2025.

Bagaimanakah cek str fasa 1 layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH RM450 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) dijangka akan dibayar pada tarikh :

TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Dijangka ** Januari 2025 – ** Februari 2025

*Namun tarikh bayaran fasa 1 akan dikemaskini kembali apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.

KADAR BAYARAN STR FASA 1 2025

Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :

  1. Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 :
    • Tiada anak : RM1,000.
    • 1-2 anak : RM1,500.
    • 3-4 anak : RM2,000.
    • 5 ke atas : RM2,500.
  2. Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 :
    • Tiada anak : RM500.
    • 1-2 anak : RM750.
    • 3-4 anak : RM1,000.
    • 5 ke atas : RM1,250.
  3. Bujang (Umur 60 tahun ke atas) :
    • RM600.
  4. Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) :
    • RM600.

*Untuk mengetahui kadar jumlah bayaran STR bagi fasa 1, setiap individu perlu membuat semakan di laman rasmi STR.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 1

Antara syarat utama untuk menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Isi Rumah :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak);
    • Ibu/bapa tunggal (ada anak);
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Warga Emas :
    • Bujang / Balu / Janda / Duda tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan individu bawah RM5,000 sebulan;
  • Bujang :
    • Belum berkahwin / Balu / Janda / Duda tiada anak;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun;
    • Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

CEK STR FASA 1

Hanya individu yang telah membuat permohonan sahaja boleh mengetahui status kelayakan sebagai penerima STR fasa 1. Ikuti cara semakan pada pautan laman rasmi STR di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi STR LHDNM 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama STR akan dipaparkan.
  3. Klik [TUTUP] pada iklan pemakluman terkini.
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 890230115678.
  5. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Bahagian pengesahan akan dipaparkan, klik butang [Semak].
  7. Sekiranya ‘Frasa Keselamatan’ yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  8. Masukkan kata laluan dengan betul.
  9. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  10. ‘Profile Pemohon’ akan dipaparkan.
  11. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan sebagai penerima STR Fasa 1 akan dipaparkan ‘LULUS’ atau ‘TIDAK LULUS’.
  13. Maklumat bayaran STR 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]