Semakan Budi Madani RM200: Berita Subsidi & Login Bantuan

Semakan Budi Madani RM200: Status Bayaran & Login
Kerajaan Madani terus komited menjaga kebajikan rakyat dengan menyediakan subsidi bulanan berupa wang tunai RM200 kepada golongan sasar yang layak. Inisiatif ini dirancang untuk membantu mengurangkan beban kewangan rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Ingin tahu cara semakan status Budi Madani, panduan login, dan maklumat terkini? Ketahui info lengkap di sini.

BACA JUGA : STR 2025 CEK STATUS : (FASA 1) CHECK LAYAK ATAU TIDAK

Apa Itu Bantuan Budi Madani?

BUDI MADANI ialah platform subsidi Kerajaan Madani yang memastikan bantuan disasarkan kepada golongan layak. Dalam Belanjawan 2024, kerajaan memperkenalkan inisiatif ini bagi mengurangkan ketirisan subsidi bahan api dan mengekang penyeludupan.

Program ini menawarkan tiga kategori bantuan: BUDI Individu, BUDI Agro-Komoditi, dan MySubsidi Diesel, bertujuan membantu individu layak menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kelayakan & Jumlah Bantuan Budi Madani

Pemohon mestilah warganegara Malaysia dengan pendapatan tahunan RM100,000 ke bawah. BUDI Individu menawarkan bantuan RM200 sebulan, diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian yang memenuhi syarat.

Kenderaan seperti motosikal diesel, kenderaan mewah bawah 10 tahun, dan e-hailing tidak layak menerima bantuan.

Cara Login & Semakan Status Budi Madan

Layari portal rasmi: budimadani.gov.my.
Klik [Log Masuk] dan masukkan nombor MyKad (tanpa simbol).
Pastikan kata kunci keselamatan tepat, masukkan kata laluan, dan klik [Semakan Status].
Semak status kategori permohonan dan maklumat pembayaran.

Tarikh Pembayaran Budi Madani 2024/2025

Lulus Ogos 2024: 9 September 2024

Lulus September 2024: 7 Oktober 2024

Lulus Oktober 2024: 8 November 2024

Lulus November 2024: 6 Disember 2024

Lulus Disember 2024: 7 Januari 2025

Kaedah Pembayaran

Dikreditkan ke akaun bank berdaftar.

Secara tunai di Cawangan BSN (jika tiada akaun).Untuk maklumat lanjut, hubungi BKK HASiL: 1-800-88-2747 atau BUDI MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566, atau