BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 (SARA) : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 (SARA) : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjaga, kerajaan menyediakan satu lagi bantuan tambahan kepada penerima STR iaitu bantuan SARA sebagai bantuan bulanan untuk pembelian barangan asas.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan bulanan sumbangan asas rahmah 2025? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET 2025 (RM1200 & RM900 & RM600) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan di bawah Program MyKasih Foundation, dimana bantuan akan diagihkan kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Namun, dengan kerjasama bersama kerajaan, individu yang lulus dan merupakan penerima STR akan turut menerima bantuan ini secara bulanan. Untuk makluman, bantuan ini akan disalurkan secara langsung kepada penerima STR dan penerima eKasih, dan tidak memerlukan sebarang permohonan.

SYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN

Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan (SARA) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; ATAU
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Kelayakan Penerima bantuan bulanan boleh disemak melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih :
    Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
  • Portal Rasmi STR :
    Penerima STR 2025, BUKAN eKasih

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Bulanan di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan [Semak Status] pada bahagian
    ‘SEMAKAN PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)’
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  6. Klik Semakan Status.
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Bulanan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

TARIKH PENYALURAN DAN TEMPOH PENGAGIHAN DUIT BANTUAN

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARANTEMPOH PENGAGIHAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa
Selama 12 Bulan
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa
Selama 9 Bulan

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan adalah berbeza bagi semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia:
    • Pengagihan secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan:
    • Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

KEGUNAAN DUIT BULANAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Bantuan bulanan dalam MyKad boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas yang berlabel SARA/MYKASIH seperti berikut:

  • Beras
  • Roti/Tepung/Biskut
  • Telur
  • Minyak masak
  • Mi segera
  • Minuman dan makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

KADAR BANTUAN SARA KEPADA PENERIMA EKASIH DAN STR

Jumlah bantuan kepada penerima eKasih dan penerima STR adalah berbeza seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasangan/Bujang
(60 tahun keatas)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 450
(RM 50 sebulan)
Bujang
(21 sehingga 59 tahun)
RM 600
(RM50 sebulan)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf