Fasa 2 STR 2025: Tarikh Bayaran & Semakan Status Kelayakan Penerima

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 terdiri daripada golongan B40 dan M40, merangkumi hampir 60% rakyat dewasa Malaysia. Jika anda ingin mengetahui tarikh bayaran STR Fasa 2 serta cara semakan kelayakan, teruskan membaca untuk maklumat lengkap mengenai jadual pembayaran, kriteria penerima, dan cara tuntutan STR 2025.

Baca Juga : mySalam Login 2025: Semakan Status Kelayakan Online Penerima

FASA 2 STR 2025 TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah dianggarkan seperti berikut :

PERKARATARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2Mulai 3 April dan berperingkat

JUMLAH BAYARAN FASA 2 STR 2025

Jumlah bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
ISI RUMAH B40
PENDAPATAN BAWAH RM2,500
ISI RUMAH M40
PENDAPATAN BAWAH RM5,000
RM150 hingga RM650
(tertakluk bilangan anak)
RM100 hingga RM300
(tertakluk bilangan anak)
  • KATEGORI BUJANG :
BUJANG/BALU/DUDA/JANDA
UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG/BALU/DUDA/JANDA
UMUR 60 TAHUN KE ATAS
RM150RM150

KAEDAH BAYARAN FASA 2 STR 2025

Pembayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / pasangan mengikut
nombor akaun yang didaftarkan
semasa mengemukakan
permohonan STR
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN) terdekat
seluruh Malaysia termasuk di
Sabah dan Sarawak

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN FASA 2 STR 2025

Anda perlu mengakses pautan di bawah untuk semakan status sebagai penerima bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ikuti cara-cara semakan status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.