Bantuan Bulanan Asas Rahmah 2025: Semakan Kelayakan Penerima (RM200, RM100, RM50 Setiap Bulan)
Kerajaan Madani terus komited dalam membantu rakyat dengan menyediakan Bantuan Bulanan Asas Rahmah (BAR) 2025, yang disalurkan setiap bulan kepada individu yang layak. Bantuan ini diberikan dalam kadar RM50 hingga RM200 sebulan, bermula dari Januari hingga Disember 2025, bagi meringankan kos sara hidup golongan memerlukan.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan Bantuan Bulanan Asas Rahmah 2025? Ketahui syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan cara menyemak status penerimaan dalam panduan lengkap di bawah.

Baca Juga : mySalam Login 2025: Semakan Status Kelayakan Online Penerima
KEGUNAAN BANTUAN BULANAN ASAS RAHMAH 2025
Bantuan Bulanan Asas Rahmah yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
*Nota : Pembelian mestilah tidak melebihi jumlah bulanan dan mengikut senarai barangan keperluan yang ditetapkan.
JUMLAH KREDIT BANTUAN BULANAN ASAS RAHMAH 2025
Jumlah Bantuan Bulanan Asas Rahmah yang dikreditkan kepada setiap penerima adalah seperti berikut :
PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM100 / RM200 sebulan (RM2,100 setahun) | Isi Rumah : RM100 sebulan (RM900 setahun) |
Warga Emas : RM100 / RM150 sebulan (RM1,650 setahun) | Warga Emas : RM50 sebulan (RM450 setahun) |
Bujang : RM50 sebulan (RM600 setahun) | Bujang : – |
TARIKH KREDIT BANTUAN BULANAN ASAS RAHMAH 2025
Pengkreditan Bantuan Asas Rahmah adalah mengikut tarikh yang dijadualkan fasa pertama (1) dan fasa kedua (2) seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH KREDIT FASA PERTAMA 1) | TARIKH KREDIT FASA KEDUA (2) |
---|---|---|
Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar | 15 Januari 2025 sehingga 1 Mac 2025 | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin | – | 1 April 2025 sehinga 1 Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN ASAS RAHMAH 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah melalui pautan berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
BANTUAN ASAS RAHMAH | https://mykasih.com.my/ |
- Layari pautan Portal Rasmi Bantuan Asas Rahmah (MyKasih) di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.