MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : DAFTAR & REGISTER SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

MEMANDU PERCUMA 2025 : DAFTAR & REGISTER SECARA ONLINE (PANDUAN LENGKAP)

Untuk makluman, program bantuan Lesen Memandu Percuma untuk membantu golongan belia B40 dalam mendapatkan ujian dan latihan memandu tanpa sebarang pembayaran diteruskan lagi oleh Kerajaan Madani pada tahun 2025.

Bagaimanakah cara mohon lesen memandu percuma 2025? Ikuti info lanjut disini.

PENGENALAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Program Bantuan Lesen Memandu Motosikal Percuma (B2) merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Malaysia Madani untuk membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya belia B40 yang memerlukan lesen bagi meningkatkan peluang pekerjaan dengan menyediakan ujian dan latihan untuk memperoleh lesen tanpa memerlukan sebarang pembayaran.

SYARAT KELAYAKAN MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA

Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia/16 tahun keatas daripada Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, atau Graduan;
  • Memerlukan Lesen untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja;
  • Tidak pernah Memiliki sebarang Lesen Memandu;
  • Bebas daripada Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM.

JENIS LESEN PERCUMA YANG DIBERIKAN

Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

BANTUANJENIS LESEN
Lesen Memandu PercumaLesen Memandu Motosikal (B2)

OBJEKTIF PEMBERIAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Tujuan utama pemberian latihan pengambilan lesen memandu secara percuma adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan rakyat golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan peluang/ kebolehpasaran pekerjaan golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
  • Menyediakan latihan dan kemahiran memandu secara selamat dan sah di sisi undang-undang.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA

Untuk makluman, BORANG PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2025 belum dikeluarkan oleh Pihak JPJ dan pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa apabila ianya dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ. Anda juga boleh layari Portal Rasmi JPJ untuk memastikan anda tidak terlepas dari memohon bantuan lesen percuma 2025. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi JPJ dengan mengisi borang yang disediakan setelah dikeluarkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

PANDUAN DAFTAR & REGISTER LESEN MEMANDU PERCUMA ONLINE

Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi JPJ, dan CETAK borang permohonan lesen percuma:
    https://www.jpj.gov.my/web/main-site/utama
  2. Isi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen lengkap yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
  4. Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
  5. Apabila permohonan diluluskan. Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA

Untuk permohonan lesen memandu percuma, individu dikehendaki menyediakan dokumen sokongan permohonan seperti berikut;

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Gambar Berukuran Pasport Terkini.
  • Bukti Penerimaan Bantuan Kerajaan.
  • Surat Pengesahan Pendapatan Isi Rumah.

TARIKH MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA

Permohonan lesen memandu percuma bagi sesi 2025 belum diumumkan oleh Pihak JPJ. Pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa setelah diumumkan secara rasmi oleh Pihak JPJ.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf