SEMAKAN SARA EKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA
Sebagai bekalan kepada rakyat yang berpendapatan rendah atau berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara e-Kasih setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah semakan sara ekasih rm100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : Semakan MyKid 2025: Cara Semak Status Permohonan
KRITERI KELAYAKAN PENERIMA SARA EKASIH RM100 2025
Hanya yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut sahaja layak menerima Bantuan Sara e-Kasih pada tahun 2025 :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan di bawah garis PGK semasa atau bawah RM5,000 sebulan;
- Merupakan isi rumah berpasangan atau tunggal (ada atau tiada anak);
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025; dan
- Berdaftar atau tidak berdaftar dengan e-Kasih.
SEMAKAN SARA EKASIH RM100 2025
PERKARA | PUATAN |
---|---|
Laman Semakan Bantuan SARA Rasmi | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada bahagian [Maklumat Bayaran].
- Status [SARA e-Kasih] atau [SARA Bukan e-Kasih] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
TEMPOH PENYALURAN SARA EKASIH RM100 2025
Penyaluran Bantuan Sara e-Kasih bagi tahun 2025 adalah selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan (bergantung kepada penerima) seperti berikut :
- Selama tempoh 9 bulan bagi penerima yang berpendapatan bawah RM5,000 serta tidak berdaftar dengan e-Kasih;
- Selama tempoh 12 bulan bagi penerima yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa serta berdaftar dengan e-Kasih.
KADAR PENYALURAN AMAUN SARA EKASIH 2025
Amaun Bantuan Sara e-Kasih yang akan disalurkan adalah mengikut kadar seperti berikut :
- Berdaftar dengan e-Kasih :
- Isi rumah : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun;
- Warga emas : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun;
- Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Tidak berdaftar dengan e-Kasih :
- Isi rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun;
- Warga emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Pertanyaan e-Kasih :
https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.