MYBTR 2025 CEK STATUS : (FASA 1) CHECK LAYAK ATAU TIDAK
MyBTR atau rasminya dikenali sebagai Bantuan Tunai Rahmah / Rakyat yang merupakan peruntukan tunai oleh kerajaan khas diberikan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana sepanjang tahun bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup.
Bagaimanakah mengetahui status layak atau tidak Bantuan MyBTR fasa 1? Ikuti panduan cek status di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN 300 B40 2024 : CHECK SEKARANG

MYBTR 2025 CEK STATUS
Status anda sebagai penerima Bantuan Tunai Rahmah (MyBTR) boleh disemak melalui pautan laman rasmi di bawah :
- Sila layari laman Bantuan Tunai Rahmah (BTR) rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KATEGORI PENERIMA MYBTR 2025 STATUS LULUS
Terdapat dua (2) kategori penerima yang layak menerima Bantuan MyBTR pada tahun 2025, iaitu merangkumi :
- Kategori Isi Rumah terbahagi kepada dua (2), iaitu :
- Berpendapatan Bawah RM2,500 sebulan : Seramai 3.1 juta yang lulus.
- Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan : Seramai 1.0 juta yang lulus.
- Kategori Bujang terbahagi kepada dua (2), iaitu :
- Berumur 21 hingga 59 tahun : Seramai 3.4 juta yang lulus.
- Berumur 60 tahun ke atas : Seramai 1.3 juta yang lulus.
*Namun, bilangan penerima akan terus bertambah kerana permohonan dan rayuan akan dibuka sepanjang tahun 2025.
CARA BAYARAN MYBTR 2025
Pembayaran Bantuan MyBTR bukanlah sekaligus, namun ia akan dibayar secara berperingkat melalui cara-cara berikut :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
*Dan bayaran adalah mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima.
JUMLAH BAYARAN MYBTR 2025
Pada tahun 2025, setiap kategori penerima akan menerima jumlah bayaran Bantuan MyBTR seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MYBTR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang Umur 60 tahun ke atas (Warga Emas) | RM600 |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySTR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.