Semakan Bantuan eKasih 2025: Cara Cek Status Kelayakan & Jumlah Bantuan

Semakan Bantuan eKasih 2025: Cara Cek Status Kelayakan & Jumlah Bantuan

Bermula tahun 2025, penerima dalam kategori Isi Rumah Miskin eKasih layak menerima bantuan SARA melalui MyKad sehingga RM2,100, berbanding RM1,200 pada tahun 2024. Bantuan ini bertujuan membantu golongan miskin tegar mendapatkan keperluan asas dengan lebih baik.

Bagaimana cara cek status kelayakan bantuan eKasih 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan.

Baca Juga : mySalam Login 2025: Semakan Status Kelayakan Online Penerima

APA ITU SISTEM E KASIH

Sistem eKasih adalah Pengkalan Data Keluarga Miskin dimana data kemiskinan tersebut akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan serta membolehkan individu yang berdaftar di Sistem eKasih layak menerima pelbagai jenis bantuan kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA KATEGORI E KASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL SEMAKAN STATUSPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/

CEK STATUS PENERIMA BANTUAN SARA KATEGORI E KASIH 2025 SECARA ONLINE

Jika anda merupakan PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH, semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

CARA PENGGUNAAN DUIT BANTUAN SARA E KASIH

Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima.

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih seperti barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di Pasaraya terpilih di Seluruh Malaysia tanpa menggunakan wang fizikal.

JUMLAH BANTUAN SARA KATEGORI E KASIH 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN SARA KATEGORI E KASIH 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Bulan Januari :
15 Januari 2025

Bulan Februari – Disember:
Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara