BANTUAN TUNAI : 2025 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (SARA / STR)
Pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menyasar semula subsidi dan sebahagian hasil daripada penjimatan tersebut dapat menambah peruntukan bantuan untuk disalurkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
Peruntukan Bantuan Tunai bagi tahun 2025 adalah di tahap yang tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM13 billion berbanding tahun 2024 hanya sebanyak RM10 billion sahaja.
Bagaimanakah semakan status bantuan tunai layak atau tidak? Ikuti panduan lengkap di bawah.

SENARAI BANTUAN TUNAI
Terdapat dua (2) bentuk Bantuan Tunai yang akan disalurkan sepanjang tahun 2025 ini, iaitu :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
KADAR BANTUAN TUNAI DISALURKAN
Setiap penerima akan menerima Bantuan STR dan SARA mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | KADAR PENYALURAN BANTUAN TUNAI STR |
---|---|---|
1. | Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
2. | Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
3. | Warga Emas | RM600 |
4. | Bujang | RM600 |
- Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
BIL. | KELAYAKAN PENERIMA | KADAR PENYALURAN BANTUAN TUNAI SARA |
---|---|---|
1. | Miskin dan Miskin Tegar | Isi Rumah : RM2,100 Warga Emas : RM1,650 Bujang : RM600 |
2. | Asas Bukan Miskin | Isi Rumah : RM900 Warga Emas : RM450 Bujang : – |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN TUNAI
Penyaluran Bantuan STR dan SARA adalah secara berperingkat sepanjang tahun 2025 berdasarkan jadual seperti berikut :
BIL. | JENIS BANTUAN | TARIKH PENYALURAN |
---|---|---|
1. | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Fasa1 : Januari / Februari 2025 Fasa2 : Mac / April 2025 Fasa 3 : Ogos 2025 Fasa 4 : November 2025 |
2. | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Penerima Miskin dan Miskin Tegar : 15 Januari sehingga Disember 2025 Penerima Asas Bukan Miskin : April sehingga Disember 2025 |
*Tarikh penyaluran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini kembali sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi nanti.
SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Tunai STR dan SARA bagi tahun 2025, ikuti panduan semakan di pautan Portal Rasmi seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Semakan Status | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR & SARA 2025 akan dipaparkan ‘Lulus‘ atau ‘Dalam Proses‘.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI
Kaedah penyaluran Bantuan STR dan SARA adalah berbeza seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Sumbangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Rujukan STR :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
- Rujukan SARA :
- Hotline SARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman SARA : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ & https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.-aid-programme/sara/.