H 2025 : REGISTER ONLINE BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)
Rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi dan menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan boleh mula mengemukakan permohonan baru Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) yang akan dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan selama tempoh satu (1) tahun sehingga RM3,600 setahun.
Bagaimanakah permohonan baru Bantuan Sabah secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.

PENGENALAN BANTUAN SABAH 2025
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai bantuan kewangan untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah (miskin dan miskin tegar) sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan terhadap rakyat di Sabah.
KELAYAKAN PEMOHON BARU BANTUAN SABAH 2025
Untuk memohon Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR), pemohon perlulan menepati kriteria-kriteria kelayakan seperti berikut :
- Kriteria Asas :
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024; dan
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’.
- Kriteria Penerima :
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem ekasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.
- Kategori Miskin :
- Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar :
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.
PERMOHONAN BARU BANTUAN SABAH 2025
Ikuti panduan permohonan baru Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) secara online melalui pautan Portal Rasmi berikut :
- Sila masuk ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my.
- Pengguna akan dibawa masuk ke Laman Utama PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PANDANS).
- Untuk Permohonan Baru, sila ke pilihan [Permohonan Baharu SKR] sebelah kanan atas sekali di skrin anda.
- Klik butang [Permohonan Baharu SKR].
- Anda akan dibawa ke Laman Daftar Akaun Pengguna.
- Pemohon yang Pertama Kali ingin memohon, sila isi Maklumat lengkap dan sahih di bahagian ini.
- Isi Nama Pemohon, No. Kad Pengenalan, Email, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan.
- Seterusnya tekan [Daftar Pengguna].
- Lengkapkan segala maklumat diri dan keluarga yang diperlukan dalam permohonan dengan betul.
- Setelah maklumat selesai diisi, klik pada butang [Teruskan].
- Kemudian, pada bahagian [Pengesahan] tandakan pada kotak [Setuju].
- Klik pada butang [Hantar].
- Maklumat permohonan akan direkodkan dalam pangkalan data untuk diproses.
- Selesai.
JADUAL AGIHAN BANTUAN SABAH 2025
Agihan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR) adalah secara ansur berfasa mengikut jadual seperti berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH AGIHAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Pertama (1) Januari – Mac | Bermula 19 Februari 2025 | RM900 |
Kedua (2) April – Jun | April 2025 | RM900 |
Ketiga (3) Julai – September | Ogos 2025 | RM900 |
Keempat (4) Oktober – Disember | Oktober 2025 | RM900 |
*Nota : Fasa pertama (1) adalah diagihkan kepada golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih. Namun, bagi yang baru memohon akan diproses pada Februari hingga April dan sekiranya layak, akan menerima bantuan pada bulan Mei 2025.
CARA AGIHAN BANTUAN SABAH 2025
Terdapat tiga (3) cara agihan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SUKUR), iaitu melalui :
BIL. | CARA AGIHAN BANTUAN SABAH |
---|---|
1. | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima |
2. | Diberikan secara tunai kepada penerima |
3. | Dikreditkan menerusi aplikasi e-Wallet YONO |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq.