EKASIH 2025 BANTUAN BULANAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

EKASIH 2025 BANTUAN BULANAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Bantuan bulanan diberikan kepada rakyat bernilai RM50 dan RM100 setiap bulan seperti elaun bulanan bagi membantu menampung kos perbelanjaan keperluan asas seperti barang dapur, barang kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya untuk setiap bulan.

Bagaimanakah semakan status ekasih bantuan bulanan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

EKASIH 2025 BANTUAN BULANAN

eKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

Setiap isi rumah yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan layak menerima Bantuan Bulanan sebanyak RM50 dan RM100 setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 untuk pembelian barangan keperluan asas.

KADAR EKASIH BANTUAN BULANAN MENGIKUT KELAYAKAN

Bagi isi rumah yang tersenarai di dalam pangkalan data eKasih akan menerima kadar Bantuan Bulanan seperti berikut :

  • Ketua Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.
  • Ahli Isi Rumah (Bujang) : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun.

TARIKH PENYALURAN EKASIH BANTUAN BULANAN

Bantuan Bulanan akan disalurkan kepada penerima yang tersenarai di dalam pangkalan data eKasih seperti tarikh berikut :

BIL.TARIKH
PENYALURAN
KADAR BANTUAN
1.Januari 2025RM50 / RM100
2.Februari 2025RM50 / RM100
3.Mac 2025RM50 / RM100
4.April 2025RM50 / RM100
5.Mei 2025RM50 / RM100
6.Jun 2025RM50 / RM100
7.Julai 2025RM50 / RM100
8.Ogos 2025RM50 / RM100
9.September 2025RM50 / RM100
10.Oktober 2025RM50 / RM100
11.November 2025RM50 / RM100
12.Disember 2025RM50 / RM100

SEMAKAN STATUS EKASIH BANTUAN BULANAN

Ikuti panduan semakan status eKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih pada pautan ini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Setelah membuat semakan eKasih, anda perlu membuat semakan myKasih pula untuk mengetahui status Bantuan Bulanan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan ini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.