SUMBANGAN ASAS RAHMAH LOGIN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

SUMBANGAN ASAS RAHMAH LOGIN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

Kira-kira seramai lebih 5.4 juta individu yang terdiri daripada golongan isi rumah dan bujang telah disahkan layak untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk sepanjang tahun 2025 ini dengan kadar antara RM450 sehingga RM1,200 setahun.

Bagaimanakah login sumbangan asas rahmah untuk semakan status layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah atau ringkasnya SARA adalah merupakan sebuah bantuan subsidi bersasar yang disalurkan secara ansur selama setahun khas kepada kumpulan rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).

Tujuan utama kerajaan menyumbangkan Sumbangan Asas Rahmah ini adalah untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dan sekaligus untuk memenuhi keperluan asas rakyat setiap bulan.

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Setiap penerima akan menerima jumlah Sumbangan Asas Rahmah yang berbeza kerana ianya disalurkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Isi Rumah Berkahwin : RM1,200.
Isi Rumah Tunggal : RM1,200.
Bujang Belia : RM600.
Bujang Warga Emas : RM1,200.
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Isi Rumah Berkahwin : RM900.
Isi Rumah Tunggal : RM900.
Bujang Belia : –
Bujang Warga Emas : RM450.

*Nota : Golongan bujang merangkumi yang belum berkahwin, balu, janda, duda tiada anak.

PAUTAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH LOGIN

Untuk login (log masuk), anda hanya perlu melayari pautan laman rasmi di bawah :

PERKARAPAUTAN
Laman Login Rasmihttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Setelah anda layari pautan laman rasmi tersebut, ikuti panduan semakan status layak atau tidak menerima Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 seperti berikut :

  1. Sila layari pautan di atas untuk semakan status.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  14. Selesai.

TARIKH MASUK SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Kerajaan akan memasukkan Sumbangan Asas Rahmah pada tarikh-tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
MASUK
Miskin dan Miskin Tegar** Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
Asas Bukan Miskin** April 2025
sehingga
** Disember 2025

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.