BANTUAN 300 SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi rakyat Sabah terutama semasa musim perayaan, Kerajaan Sabah menyediakan inisiatif bantuan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat dimana bantuan akan diberikan secara bulanan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.
Bagaimanakah check status bantuan 300 sabah 2025? Ikuti info lanjut disini.

ISI KANDUNGAN
APA ITU BANTUAN 300 SABAH
Kerajaan Sabah melaksanakan Program Sentuhan Kasih Rakyat, sebuah inisiatif bantuan baharu yang menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada golongan miskin dan miskin tegar.
Menerusi Belanjawan Sabah 2025, program ini melibatkan peruntukan RM358.5 juta dan akan memanfaatkan kepada 100,000 penerima bagi fasa pertama, termasuk ketua isi rumah dan ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat Sabah akibat kos sara hidup yang meningkat dan akan diagihkan secara bulanan untuk tempoh setahun.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warga Malaysia (Rakyat Sabah);
- Menetap di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM 300 SEBULAN SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dijangka bermula pada Februari 2025 dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Dalam fasa pertama, seramai 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.
*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.
JUMLAH BANTUAN SEBULAN SABAH
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar (Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas) | RM300 (Sebulan) |
SEMAKAN STATUS DAN PENGAGIHAN BANTUAN SABAH
Semakan status dan cara penagihan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/