BANTUAN DALAM MYKAD 2025 SEMAKAN STATUS : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

BANTUAN DALAM MYKAD 2025 SEMAKAN STATUS : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

Pelaksanaan Bantuan Dalam MyKAD bagi tahun 2025 adalah secara berperingkat kepada penerima miskin dan miskin tegar yang akan bermula pada bulan Januari dan bagi penerima asas bukan miskin pula bermula pada bulan April 2025.

Bagaimanakah semakan status bantuan dalam mykad layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU BANTUAN DALAM MYKAD

Bantuan Dalam MyKAD diperkenalkan di bawah program MyKasih dilakukan melalui penggunaan MyKAD (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) yang membolehkan bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan Dalam MyKAD untuk membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

BANTUAN DALAM MYKAD 2025 SEMAKAN STATUS

Status penerimaan Bantuan Dalam MyKAD boleh mula disemak melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan Dalam MyKad’ (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  14. Selesai.

KADAR KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Dalam MyKAD mengikut kadar kelayakan penerima seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAKADAR BANTUAN
DALAM MYKAD 2025
Miskin dan Miskin TegarIsi Rumah : RM1200 (RM100 sebulan)
Warga Emas : RM1200 (RM100 sebulan)
Bujang : RM600 (RM50 sebulan)
Asas Bukan MiskinIsi Rumah : RM900 (RM100 sebulan)
Warga Emas : RM450 (RM50 sebulan)
Bujang : Tiada

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Tarikh pengkreditan Bantuan Dalam MyKAD adalah pada :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT
BANTUAN DALAM MYKAD
Miskin dan Miskin TegarJanuari – Disember 2025
Asas Bukan MiskinApril – Disember 2025

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.di : https://mykasih.com.my/food-aid-program