BANTUAN STR 2025 TARIKH PEMBAYARAN (FASA 1) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Lanjutan daripada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan bantuan-bantuan tunai daripada kerajaan sebelum ini dan kini diperkenalkan sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kemudian, peruntukan dipertingkatkan pada tahun 2025 sehingga RM13 billion.
Bilakah bantuan str tarikh pembayaran fasa 1 dan bagaimanakah cara semak status layak atau tidak? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.

BANTUAN STR 2025 CARA PEMBAYARAN
Cara pembayaran Bantuan STR adalah sama seperti tahun sebelum ini, iaitu secara ansur berperingkat selama empat (4) mengikut jenis penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Penerima Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
BANTUAN STR 2025 TARIKH PEMBAYARAN
Tarikh pembayaran Bantuan STR bagi tahun 2025 adalah dijangka seperti jadual berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Satu (1) | ** Januari 2025 Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh kerajaan |
Dua (2) | ** April 2025 Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh kerajaan |
Tiga (3) | ** Ogos 2025 Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh kerajaan |
Empat (4) | ** November 2025 Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh kerajaan |
BANTUAN STR 2025 KADAR PEMBAYARAN
Kadar pembayaran Bantuan STR bagi 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang/Balu/Duda/Janda 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Dianggarkan kadar pembayaran Bantuan STR Fasa 1 2025 :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | KADAR PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 1 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM250 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang/Balu/Duda/Janda 21 hingga 59 tahun | RM150 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN STR 2025
Semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR hanya boleh disemak melalui pautan Portal Rasmi di bawah :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Bantuan STR 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti panduan semakan status kelayakan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Bantuan STR 2025 di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘LULUS’ atau ‘DALAM PROSES’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.h.com.my