Bantuan Sabah RM900 2025: Semakan Status & Kelayakan Penerima

Seramai 72,058 penerima daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih telah disahkan layak menerima Bantuan Khas Sabah RM900 yang disalurkan secara berfasa melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat bermula Februari 2025.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima Bantuan RM900 Sabah? Ketahui syarat dan panduan lengkap di sini.

OBJEKTIF UTAMA BANTUAN SABAH

Tujuan utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

JUMLAH BANTUAN SABAH 2025

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

FASA PEMBAYARANAMAUN BANTUAN (RM)
Penyaluran Bagi Setiap Fasa
(Fasa 1, 2, 3 dan 4)
RM 900
(Setiap Fasa)

SEMAKAN STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SABAH RM900

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini:
    https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
  6. Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. ⁠Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN RM900

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FASATARIKH PEMBAYARAN
SatuFasa 1
19 Februari 2025 (Rabu)
KeduaFasa 2
April 2025
KetigaFasa 3
Ogos 2025
KeempatFasa 4
Oktober 2025

Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.

Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

MEDIUM PEMBAYARAN DUIT BANTUAN SABAH RM900

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

  • Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
    Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
    Bantuan akan diberikan secara tunai; atau
  • Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
    Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq