BANTUAN MYKAD MADANI 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Pelaksanaan Bantuan MyKad Madani telah bermula sejak Jun 2023 lagi. Oleh kerana Kerajaan Madani melihat pelaksanaan yang lalu mendapat sambutan yang baik oleh penerima, Bantuan MyKad Madani telah diteruskan pada tahun 2024 dan juga akan diteruskan lagi pada tahun 2025 ini.
Bagaimanakah semak bantuan mykad madani bila masuk? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Bantuan MyKad Madani adalah merupakan sebuah bantuan subsidi bersasar yang disalurkan secara ansur setiap bulan melalui kad pengenalan (MyKad) penerima untuk digunakan sebagai kad membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan MyKad di bawah program MyKasih bermula sejak Jun 2023 yang pada awalnya disasarkan kepada 0.2 juta penerima miskin tegar sahaja. Kemudian, kerajaan meneruskan lagi pemberian kepada lebih 0.7 juta penerima miskin tegar dan miskin.
Dan pihak Kerajaan Madani telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Bantuan MyKad pada tahun 2025 yang akan disasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima merangkumi miskin, miskin tegar dan juga yang bukan miskin.
BANTUAN MYKAD MADANI 2025 BILA MASUK
TARIKH MASUK BANTUAN MYKAD MADANI BAGI PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH MASUK BANTUAN MYKAD MADANI BAGI PENERIMA BAHARU |
---|---|
Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
JUMLAH BANTUAN MYKAD MADANI 2025 MASUK
Pihak Kerajaan Madani akan memasukkan Bantuan MyKad Madani (ke dalam kad pengenalan) 5.4 juta penerima pada tahun 2025 dengan jumlah yang ditetapkan kepada penerima setiap bulan seperti berikut :
- Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
- Warga Emas : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
- Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
- Bujang : Tiada peruntukan.
MANFAAT BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Antara manfaat yang diperolehi daripada Bantuan MyKad Madani adalah :
- Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan harian;
- Selamat digunakan kerana mempunyai 6-digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh pemegang MyKad sahaja;
- Boleh digunakan di mana-mana kedai atau pasaraya berhampiran;
- Had pembelian RM50/RM100 sebulan sehingga RM600/RM1,200 setahun;
- Baki yang tidak habis digunakan pada bulan lalu akan dibawa ke bulan seterusnya.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan MyKad Madani untuk pembelian barangan-barangan seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
SEMAK STATUS BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Ketahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025 melalui semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Dalam MyKad (SARA)’ akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.