Bantuan Sabah 300 2025: Semakan Status Bayaran & Kelayakan

Sebagai inisiatif Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha membasmi kemiskinan tegar, Bantuan Sabah 300 2025 diperkenalkan di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat. Melalui program ini, penerima yang layak daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah cara semakan status penerima bayaran Bantuan Sabah RM300 2025? Ketahui syarat kelayakan dan panduan lengkap semakan di sini.

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Kadar bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun begitu, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH RM 300 LAYAK ATAU TIDAK

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di sini:
    https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://sukur.sabah.gov.my/
  6. Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. ⁠Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM 300 SABAH

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FASATARIKH PEMBAYARAN
SatuFasa 1
19 Februari 2025 (Rabu)
KeduaFasa 2
April 2025
KetigaFasa 3
Ogos 2025
KeempatFasa 4
Oktober 2025

Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024.

Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

CARA PENYALURAN BANTUAN RM 300 SABAH

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Mempunyai Bank AkaunPengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank atau
Status ‘Gagal Kredit’
Bantuan akan diberikan secara tunai
Mempunyai akaun e-Wallet YONO SuperappBayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq