BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY LOGIN FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (STR)

BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY LOGIN FASA 1 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN (STR)

Demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan rentan yang mudah terjejas dengan peningkatkan kos sara hidup, Kerajaan menyediakan kadar peruntukan yang mengcukupi untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat bagi sepanjang tahun 2025 ini.

Bagaimanakah login Bantuan Tunai Hasil untuk semakan status kelayakan penerima bayaran STR Fasa 1? Ikuti panduan lengkap di bawah.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 1 2025

Bantuan Tunai Hasil (STR) adalah khas untuk yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia; dan
    • Isi Rumah :
      • Berpasangan ada atau tiada anak;
      • Ibu/bapa tunggal ada anak;
      • Tiada had umur;
      • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).
    • Warga Emas :
      • Bujang / Balu / Ibu / bapa tunggal tiada anak;
      • Berumur 60 tahun dan ke atas;
      • Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
    • Bujang :
      • Belum berkahwin; atau
      • Balu / Duda / Janda tiada anak;
      • Had umur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas);
      • Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
      • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.

*Nota : Bagi individu yang menepati kriteria kelayakan di atas serta telah membuat permohon sebelum pada 30 November 2024, boleh membuat semakan status penerimaan bayaran STR fasa 1.

PAUTAN BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY LOGIN FASA 1 2025

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Hasil yang selamat untuk semakan status penerimaan STR Fasa 1 :

PORTAL RASMIPAUTAN
Bantuan Tunai Hasil Login
Untuk Semakan Status
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

PANDUAN LOGIN SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI HASIL FASA 1 2025

Ikuti panduan cara login Bantuan Tunai Hasil untuk semakan status penerima STR Fasa 1 :

  1. Layari pautan Portal Rasmi Bantuan Tunai Hasil di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JENIS BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 1 2025

Jenis-jenis pembayaran Bantuan Tunai Hasil Fasa 1 adalah seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan sebelum pada 30 November 2024.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 1 2025

Seperti yang telah dijadualkan oleh Kerajaan, tarikh bayaran Bantuan Tunai Hasil Fasa 1 adalah pada :

JENIS BAYARANTARIKH RASMI BAYARAN
Tunai di Kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
22 Januari 2025, Rabu
Pengkreditan menerusi
akaun bank penerima
22 Januari 2025, Rabu
sehingga
28 Januari 2025, Selasa

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI HASIL FASA 1 2025

Setiap kategori penerima akan menerima kadar bayaran Bantuan Tunai Hasil Fasa 1 yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
BANTUAN TUNAI HASIL
FASA 1 2025
Isi Rumah B40Tiada anak : RM500
1-2 anak : RM500
3-4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM500
Isi Rumah M40Tiada anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM150
BujangRM150

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.