JADUAL BAYARAN STR 2025 : BILAKAH TARIKH MASUK FASA 1

JADUAL BAYARAN STR 2025 : BILAKAH TARIKH MASUK FASA 1

Mengikut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara ansur berperingkat telahpun dijadualkan bermula pada 22 Januari 2025, Rabu yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 billion.

Bilakah jadual bayaran STR fasa 1 masuk? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BILANGAN PENERIMA BAYARAN STR 2025

Berdasarkan rekod, bilangan penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seramai :

KATEGORI KELAYAKANBILANGAN PENERIMA
STR FASA 1 2025
ISI RUMAH B402.8 juta
ISI RUMAH M401.0 juta
WARGA EMAS1.3 juta
BUJANG3.2 juta

*Nota : Bagaimanapun, bilangan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa seterusnya akan terus bertambah seiring dengan permohonan baharu dan rayuan dibuka sepanjang tahun.

JADUAL BAYARAN STR 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 adalah dijadual seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH PENERIMAAN
Pertama (1)22 Januari 2025
Sehingga
28 Januari 2025
Kedua (2)Belum diketahui
Ketiga (3)Belum diketahui
Keempat (4)Belum diketahui

*Kementerian Kewangan (MOF) hanya baru mengumumkan tarikh pembayaran fasa pertama (1) sahaja dan tarikh bagi fasa kedua (2), ketiga (3) dan keempat (4) adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
STR 2025
JUMLAH BAYARAN
STR FASA 1 2025
ISI RUMAH B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Semua : RM500
ISI RUMAH M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
0 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
WARGA EMASRM600RM150
BUJANGRM600RM150

CARA BAYARAN STR 2025

Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sama seperti tahun sebelum ini yang bergantung kepada jenis penerima :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN STR 2025
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa
permohonan STR
Penerima Tiada Akaun BankDiberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
berhampiran

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2025

Ketahui kelayakan anda sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.