KEMASKINI STR 2025 ONLINE: Cara Ubah & Tambah Maklumat Diri untuk Lulus Bantuan Tunai Rahmah

Kerajaan telah membuka portal rasmi bagi kemaskini STR 2025 secara online sepanjang tahun untuk memastikan lebih ramai rakyat layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Pengemaskinian ini penting bagi pemohon yang ingin mengubah atau menambah maklumat diri dan pendapatan agar permohonan mereka tidak ditolak.

Bagaimanakah cara kemaskini STR online 2025 dengan betul? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk memastikan permohonan anda lulus tanpa masalah.

Baca Juga : mySalam Login 2025: Semakan Status Kelayakan Online Penerima

TUJUAN KEMASKINI STR 2025

Kerajaan membuka portal untuk pemohon mengemaskini maklumat asas adalah untuk memastikan tiada keciciran maklumat yang terkini daripada pemohon supaya dapat lulus dan layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk sepanjang tahun.

TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT STR 2025

Pemohon sedia ada boleh mengemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada bila-bila masa bermula pada tarikh :

TARIKH KEMASKINI DIBUKATARIKH KEMASKINI DITUTUP
22 Januari 2025Sepanjang tahun

KEPERLUAN KEMASKINI STR ONLINE 2025

Pengemaskinian maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) perlu dilakukan sekiranya :

  1. Pemohon mempunyai Perubahan Maklumat Asas Terkini, seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit / Nombor Telefon Rumah;
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat;
    • Alamat e-Mel;
    • Maklumat Pasangan;
    • Maklumat Waris;
  2. Pemohon belum mengemaskini permohonan selama tiga (3) tahun berturut-turut.

KAEDAH KEMASKINI STR 2025

Terdapat dua (2) kaedah pengemaskinian maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang boleh dilakukan, iaitu :

  • Kemaskini secara atas talian (online) di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR LHDNM); atau
  • Kemaskini melalui Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) dengan menghantar Borang kemas Kini Maklumat Permohonan STR.

*Nota : Borang kemaskini maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui Portal Rasmi STR LHDNM atau di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Anda adalah digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat Permohonan STR secara atas talian (onlien) supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

PANDUAN KEMASKINI STR ONLINE 2025

Untuk mengemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, ikuti panduan lengkap seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk membuat Kemaskini Permohonan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-).
  5. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan (Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu).
  6. Setelah berjaya Log masuk portal, klik pada [Perubahan Maklumat Asas].
  7. Kemaskini Maklumat Asas berikut dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat :
    • No. Telefon Rumah
    • No. Telefon Bimbit
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat
    • Alamat e-Mel
    • Maklumat No Telefon Pasangan
    • Maklumat Waris
  8. Kemudian, klik [Simpan]
  9. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20KEMASKINI%20MAKLUMAT%20STR%202025.pdf.