MYKASIH ONLINE 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM50 & RM100 SETIAP BULAN)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih merupakan bantuan bersasar kepada rakyat Malaysia yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Bermula tahun 2025, bantuan ini kini diperluaskan kepada penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Bagaimanakah semakan mykasih online 2025? Ikuti Info lanjut disini.

SYARAT LULUS SEMAKAN BANTUAN MYKASIH ONLINE 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
*Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan automatik menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
CONTOH PASARAYA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH
Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di pasaraya/kedai runcit terdekat yang berdaftar MyKasih. MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
TARIKH SEMAKAN STATUS DAN KEMASUKAN BAYARAN MYKASIH 2025 ONLINE
Jadual Pengagihan bantuan seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | 15 Januari 2025 (Rabu) |
Penerima Bantuan STR Sahaja (BUKAN eKasih) | Bermula April 2025 |
PORTAL SEMAKAN BANTUAN MYKASIH SECARA ONLINE
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BERSTATUS eKasih) | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *APRIL – DISEMBER |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 1,650 | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | RM 600 | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BUKAN eKasih) | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) *APRIL – DISEMBER |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 900 | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 450 | – | RM 50 sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | – | – | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara