BANTUAN STR : (FASA 1 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Program ini merupakan bantuan khas oleh kerajaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana iaitu B40 dan M40 di Malaysia secaraTUNAI.
Bagaimanakah semakan status bantuan str fasa 1 2025? ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

PENGENALAN BANTUAN STR
Matlamat program Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana melalui bantuan tunai yang diberikan secara berperingkat sepanjang tahun mengikut empat (4) fasa.
Dalam belanjawan 2025, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion, dimana peningkatan peruntukan sebanyak 30% adalah yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Penerimaan Bantuan STR mestilah Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
- Pasangan Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara Malaysia;
- Sekiranya memiliki anak (anak kandung atau anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN) mestilah Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke bawah atau berumur 19 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
- Warga Emas :
- Berpasangan atau bujang;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang :
- Bujang atau Balu atau Duda / Janda tiada anak;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda boleh membuat semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘LULUS’ atau ‘DALAM PROSES’.
- Selesai.
KADAR AMAUN BANTUAN STR DISALURKAN FASA 1 2025
Bantuan STR bagi fasa 1 akan disalurkan mengikut kadar amaun seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AMAUN BANTUAN STR DISALURKAN 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
*Untuk kadar amaun Bantuan STR fasa 1, anda perlu membuat semakan di pautan rasmi.
KAEDAH PELAKSAAN BAYARAN BANTUAN STR
Bagi memudahkan rakyat untuk menerima bantuan, kaedah pelaksanaan bayaran Bantuan STR akan dibayar bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.