Semakan SARA Online 2025: Semak Status Kelayakan Penerima (RM600, RM900, RM2100)
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, dengan peruntukan meningkat kepada RM13 bilion bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat. Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas dengan lebih mudah.
Ingin tahu cara semakan status kelayakan SARA 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap di sini untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan sebanyak RM600, RM900, atau RM2100.

Baca Juga : mySalam Login 2025: Semakan Status Kelayakan Online Penerima
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
PORTAL SEMAKAN BANTUAN SARA ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://www.mykasih.com.my/ |
Portal Rasmi MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONLINE DI PORTAL MYKASIH
Semakan status penerima My Kasih boleh dilakukan seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONLINE DI PORTAL MYSTR
Semakan status penerima MyKasih juga boleh dilakukan melalui Portal MySTR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan | – | RM 50 sebulan |
Bujang | – | – |
CARA PENGKREDITAN BAYARAN SARA 2025
Penyaluran bantuan SARA MyKasih adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima yang berdaftar. Penerima yang LULUS bantuan MyKasih boleh menggunakan MyKad tersebut untuk membeli barang keperluan asas terpilih seperti barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di Pasaraya terpilih di Seluruh Malaysia tanpa menggunakan wang fizikal.
TEMPOH PENGKREDITAN BAYARAN BANTUAN SARA 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Diagihkan setiap bulan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Diagihkan setiap bulan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara