BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : (FASA 1) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SARA MYKASIH 2025 : (FASA 1) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan telah meningkatkan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar untuk membantu rakyat yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Bertujuan memperkukuh taraf ekonomi golongan rentan serta menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi asas kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Pinjaman mudah

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : LOGIN STR 2025 : SEMAKAN STATUS FASA 1

APA ITU BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan tanpa tunai bulanan dibawah Program MyKasih Foundation khusus untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas. Bermula tahun 2025, bantuan SARA akan turut diagihkan kepada penerima bantuan  STR selama tempoh 9 bulan, manakala penerima eKasih akan terus menerima bantuan bulanan ini selama tempoh 12 bulan.

SYARAT/KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH

Penerima bantuan yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan (SARA MyKasih) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Lulus dan Penerima  Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; ATAU
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN EKASIH SARA MYKASIH

Memandangkan penerima bantuan ini terdiri daripada kategori ekasih dan penerima STR, Semakan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih :
    Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih
  • Portal Rasmi STR :
    Penerima STR 2025, BUKAN eKasih

Panduan Lengkap Semakan Kelulusan bantuan di portal MyKasih seperti berikut:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Kemudian, tekan [Semak Status] pada bahagian
    ‘SEMAKAN PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)’
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  6. Klik Semakan Status.
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Kelulusan bantuan di portal MySTR seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan penerima akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

TEMPOH PENYALURAN DUIT BANTUAN SARA MYKASIH

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH & TARIKH BAYARAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihSelama 12 Bulan – Bermula Januari 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Selama 9 Bulan – Bermula April 2025

*Tarikh adalah tertakluk kepada
pindaan semasa

KAEDAH PENGAGIHAN BANTUAN SARA MYKASIH

Penyaluran bantuan adalah berbeza seperti berikut:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia:
    • Pengagihan secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan:
    • Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan dan berlabel MyKasih seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasangan/Bujang
(60 tahun keatas)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 450
(RM 50 sebulan)
Bujang
(21 sehingga 59 tahun)
RM 600
(RM50 sebulan)
Tiada
( – )

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MYKASIH, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf