BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM900)

BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM900)

Satu Program Bantuan khas telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah bertujuan meringankan beban kewangan rakyatnya yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih serta menerima bantuan yang sewajarnya.

Bagaimanakah check status penerima bantuan sentuhan kasih rakyat sabah 2025? Ikuti info lanjut disini.

TUJUAN PERLAKSANAAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Objektif utama perlaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; DAN
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  3. Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  4. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
  5. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

CARA MOHON BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Permohonan melalui Pejabat Daerah/ UPPM telah ditutup pada 31 Januari 2025. Bagi permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam SISTEM PANGKALAN DATA NEGERI SABAH (PADANS). Permohonan baharu juga boleh dilakukan secara online di portal yang sama.

PANDUAN CHECK STATUS PENERIMA BAYARAN

Status Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di Pautan berikut:
    https://padans.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Program Sentuhan Kasih Rakyat dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) untuk membuat semakan.
  4. Maklumat Status Penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
  5. Selesai.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

FASA PEMBAYARANAMAUN BANTUAN
Penyaluran Bagi Setiap Fasa
(Fasa 1, 2, 3 dan 4)
RM 900

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Satu (Fasa 1)Bermula 19 Februari 2025
Dua (Fasa 2)April – Mei 2025
Tiga (Fasa 3)Ogos – September 2025
Empat (Fasa 4)Bermula Oktober – Disember 2025

Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

PENGKREDITAN DUIT BANTUAN SABAH KEPADA PENERIMA

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

  • Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
    Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
    Bantuan akan diberikan secara tunai;
  • Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
    Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq